Undang-undang Kecil

RINGKASAN

Fungsi - Fungsi utama Koperasi ini ialah kredit

Aktiviti 
  1. Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka dan memberi pinjaman kepada mereka bagi maksud yang berfaedah
  2. Mengadakan kemudahan pembiayaan kredit barangan Pengguna
  3. Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan
  4. Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih. 
  5. Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta
  6. Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya
  7. Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada Koperasi-koperasi lain
  8. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan

Kelayakan Menjadi Ahli

  1. Semua kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad dan anak-anak syarikatnya.
  2. Kakitangan yang sudah bersara dengan syarat meneruskan membayar yuran bulanan dan syer minimum RM1,000.00.
  3. Telah mencapai umur lapan belas tahun.
  4. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi.
  5. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana Koperasi dalan tempoh satu tahun.

Fi Masuk - Setiap permohonan untuk menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM20.00.

Modal Syer - Setiap ahli hendaklah melanggan RM1,000.00 sebagai sumbangan minimum dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 20 bulan dari tarikh penerimaannya sebagai ahli Koperasi.