Mr Asai memberikan taklimat mengenai peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh Koperasi Utusan di Hokkaido, Jepun. |
Kunjungan syarikat tersebut, Northernland JP diketuai oleh Pengarahnya, Mr. Asai.
Pihak Northernland telah membuka laluan kepada Koperasi untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan syarikat-syarikat Jepun khususnya dari Hokkaido.
Syarikat itu juga bercadang untuk menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Utusan bagi menubuhkan entiti perniagaan secara bersama di negara ini.
Mohd Ridzwan Md Iman (dua kanan) bersama ALK lain yang hadir. |
Katanya, antara sektor perniagaan yang ditawarkan oleh Northernland kepada Koperasi Utusan termasuk perikanan, percetakan, pengiklanan, penternakan dan lain-lain.
"Dari segi kemampuan kita mungkin sukar untuk melaksanakannya kerana dari segi kos dan pengalaman tetapi kita akan mendapatkan kerjasama daripada pihak lain terutama Angkasa," katanya.
ConversionConversion EmoticonEmoticon