![]() |
Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Utusan pada 24 Jun 2009. |
Idea penubuhan telah bermula sejak awal 2009 lagi, apabila satu jawatankuasa penaja telah dibentuk bagi merealisasikan harapan sebahagian kakitangan Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad untuk memiliki sebuah koperasi kakitangan.
Setelah mendapat sokongan daripada pihak syarikat dan atas nasihat Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan pada masa itu, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, keahlian koperasi ini telah dibuka kepada seluruh kakitangan jabatan dan anak-anak syarikat Kumpulan Utusan.
Jawatankuasa penaja kemudian mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan pada 24 Jun 2009. Seramai 167 kakitangan Kumpulan Utusan telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Penubuhan Koperasi Utusan diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 13 Ogos 2009 dengan nama Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad.
ConversionConversion EmoticonEmoticon