Tujuan penubuhan
- Bagi mengembeling modal dan tenaga warga kerja Kumpulan Utusan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kebajikan para ahlinya.
- Menyediakan kemudahan menyimpan bagi menggalakkan ahli-ahli menabung serta berjimat cermat dengan tawaran kadar dividen yang menarik bergantung kepada prestasi tahunan koperasi.
- Meningkatkan taraf ekonomi ahli melalui pulangan pelaburan melalui dua kaedah asas iaitu (1) pembayaran dividen (wajib minima) dan (2) perkembangan modal (capital appreciation).
- Koperasi Utusan juga akan memastikan pembayaran bonus yang berterusan kepada ahli berdasarkan keuntungan kewangan semasa.
Komitmen kami :-
- Meningkatkan kebajikan anggota melalui aktiviti yang dijalankan.
- Mengurus kepentingan ekonomi anggota dengan cekap, berkesan dan berwawasan mengikut undang–undang dan peraturan.
- Meningkatkan pulangan kepada pelaburan anggota.
- Meningkatkan nilai aset koperasi dengan membuat pelaburan yang menguntungkan dengan risiko yang minimum.
ConversionConversion EmoticonEmoticon